Ahad, 8 Disember 2013

takdir dan pilihan?

Assalamualaikum..hyep guys,,hari ni saya nak kongsi sikit dengan korang... :-D
.
.
tentang-
      
Takdir
         & 
            Pilihan...



.
.
Ramai yang kata..'Kalau ditakdirkan aku buat jahat..maka buatlah..kalau kena tangkap pun dah takdir'
.
.
HOIIITTTT!!!
SILAP tu nak oi..takdir itu akan terjadi setelah kita yang membuat pilihan untuk ke takdir itu :3
.
.
Sebagai contohnya,orang yang mati eksiden sebab merempit..
.
Bukan saya hendak cuba melawan takdir..
memang orang kata..takdir dia mati semasa merempit..
memang benar ajal maut di tangan tuhan!.tetapi dia yang buat pilihan untuk merempit,betul tak?
adakah merempit itu sesuatu perkara yang wajib?


tidak..!


Jika dia tidak merempit,insyaallah dengan izin allah,dia akan mati dalam iman..
Kerana semua manusia tetap akan mati,yang jelas telah disebut dalam Al-Quran..
Begitu juga orang yang melakukan kejahatan..
tiada sesiapa menyuruhnya untuk melakukan kejahatan..
kalau dalam keadaan terdesak pun..adakah dalam islam menyuruh kita untuk mencuri?
merompak?


TIDAK!
             TIADA!

Malah disuruh untuk ber-SABAR dan ber-DOA.


Mengapa?


Kerana Allah telah menentukan hikmah yang lebih baik untuknya pada masa
akan datang...

Sebab itulah dalam islam,ada menyuruh kita untuk berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu,
seperti rasulullah,sebelum dia menawan kota mekah,dia menyusun dahulu strategi untuk menawan kota makkah tanpa menumpahkan darah disana..

Oleh itu,saya menyeru kepada orang ramai,janganlah menyalahkan takdir jika berlaku
sesuatu kerana itu ujian allah untuk hambanya..


Dan..
Kerana takdir itu berlaku dengan pilihan kita,jika baik pilihan maka baiklah takdir kita,
jika buruk maka buruklah ia..

Jadi,jangan kerana pilihan kita,

takdir menafikan segala-galanya untuk kita..
kecuali dengan izin yang maha esa..hanya kerana Kun-fayyakun!
..kita tak mampu lagi berbuat apa-apa
Kerana dialah yang mencipta alam semesta,
dia jugalah yang menghidup dan mematikan makhluknya..
.
.
ALLAHUAKBAR!!

..
..
Sekian saja ,jika ada salah silap ,saya minta maaf dan tunjuk ajar,
.
Terang suria semakin malap,
       Kerana bulan hendak berganti,
Jika ada salah dan silap,
       Mohon kemaafan seikhlas hati..


                                        




                                     <3 assalamualaikum........dan terima kasih :-D <3

Sabtu, 7 Disember 2013

budak-budak sekarang yang salah? --'



assalamualaikum, salam sejahtera, salam satu malaysia, salam cium tangan mak bapak bukan salam cium awek..haram, berdosa tu..neraka jawabnya..haa haa..salam perkenalan, nak kata baru..tak juga, sbb da lame buat,hari ni baru tergerak nak kongsi..haha


hari ni,aku nak kongsi pasal budak2 sekolah,zaman ni, terutamanya yg masih sekolah rendah.. korg perasaan tak?semenjak dua ni,semakin kerap keluar berita tentang pembuangan bayi dikalangan pelajar sekolah.. sebab ape?



semuanya disebabkan cinta monyet di sekolah mungkin?..

Image result for monyet pakai baju


Apabila dah terjadi,bukan maruah serta diri saja tercemar, malah nama keluarga juga tercemar.. terutamanya mak bapak lah.. anak yang buat ,dorang yg dpt nama. kalau nanti dah kena tangkap ke apa,sebab berkhalwat. ibubapa akan disalahkn.. mak bapak tak ajarlah,tak bagi didikan agamalah tak jaga anak lah.. tapi bukan 100% salah mak bapa, macammana kalau dah diajar tapi masih dipengaruhi ?


mari kita lihat, di tv, cerita apa2 pn..tak kira kartun ke,drama bersiri ke ..cerita komedi ke..semuanya berunsurkan "PERCINTAAN" ,ramai yang kata,klau takde babak itu,cerita jadi tak seronok.. tpi klau dah jadi ape2,tak meronok-ronok kau nangis??

Image result for tv love




Bukan tak boleh ada,tapi hadkanlah kpd yg bawah umur, macam kartun.. kebanyakkan nya kartun dari barat.. terlalu banyak unsur kedewasaan, seperti org bercium,berpegang tangan.. tak ke haram benda2 mcm tu,budak2 ni pantang. nampak je benda mcm tu mulalah nak diikutnya.. maklumlah..darah muda katanya.. tu baru kartun.. mcmne pula dgn cerita yg dilakon kn oleh orang sebenar?lagilah teringin dorang ikut, mana taknya,kalau orang dewasa pn boleh terpengaruh.. ni kan lagi budak2 yg belum mengenal kebaikan dan keburukan .. kalau boleh,drama2,kartun2,siarkanlah yg sesuai dilihat,seperti sukan ke ,keagamaan ke, pelajaran ke.. supaya lebih terdedah kepada kebaikan,malah berfaedah juga..


Image result for anak2 sidek            Image result for upin ipin belajar           Image result for boboiboy belajar


Bukan nak salahkan rangkaian tv ke apa,tapi cuma berkongsi pendapat sikit .. :-) . .



 Ni je yg aku nak kongsi.. kalau ada salah silap kata, harap dimaafkan..sekian :-) assalamualaikum


Tertawa si abang seperti kekanak,
           Melihat permainan licik si adik,
Jangan dimarah si anak-anak,
           Periksa dulu kesilapan pendidik...

cinta kepada siapa?

Assalamualaikum..hyep guys.. . . aku diman(bukan nama sebenar) :-) ... first time tulis ^_^" . hari ni aku nak berkongsi kan something,,ia berkaitan cinta...
.
.
Ya..kdg2..pelik juga rasa dihati bila orang sanggup gadai harta.gadai benda gadai  diri semata-mata kerana cinta..kdg2 aku pelik..mengapa perlu bergadai itu itu manusia yang belum pasti menjadi milik kita?
.
.
Namun perasankah kita?cinta kepada manusia bermatia-matian kita sanggup bergadai..tapi kenapa tidak kepada allah?rasul?serta agama islam?
lihatlah ..terang lagi bersuluh..manusia itu belum tentu lagi kita miliki..belum pasti kekal..sedangkan agama islam itu adalah sesuatu yang kekal..!
.
.
Cinta yang senang kita perolehi tidak kita ambil peduli tapi cinta yang susah juga kita mencari..
mengapakah perlu kita risau?tuhan telah tetapkan setiap hambanya berpasangan..
setiap lelaki atau perempuan ada jodohnya..yang membezakan hanyalah samada jodoh itu pendek atau panjang sahaja...
lihatlah kita..cinta kepada yang membawa ke syurga tidak pun diambil peduli..tetapi yang mungkin akan dekat kepada zina juga yang didekati..
namun..tak semua cinta kepada manusia itu buruk dan jahat..
Contohnya..cinta kepada ibubapa,anak2,suamiisteri(bukan suami isteri orang tau),serta yang utama rasul....
cinta kepada golongan manusia ini adalah sangatlah perlu kerana ia membawa kepada kebaikan ..
terutamanya ibu yang syurganya dibawah tapak kakinya(yang isteri dibawah suami,namun tetap perlu mencintai ibubapa),dan rasulullah ,nabi muhammad s.a.w. yang sentiasa menyayangi umatnya walaupun tidak menjumpai semua umatnya...
.
.
Bercinta juga bukanlah sesuatu yang boleh dimain-mainkan..
ada pendapat beberapa ustaz juga yang menyatakan boleh mencintai seseorang dengan syarat berniat untuk mengahwininya ,bukan menzaliminya.....jadi..renung2kanlah bersama..aku bukanlah seorang ustaz ataupun para ulama..tetapi aku cuma ingin berkongsi dan meluahkan perasaan aku..

.
.
kalau ada salah silap ,sila beri teguran kepada saya dan beri tunjuk ajar..sekian..assalamualaikum...